Jumlah kumulatif melepasi 500,000

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini mencatatkan 6,320 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan melepasi setengah juta iaitu sebanyak 505,115 dengan kes aktif kebolehjangkitan turut meningkat iaitu 53,682 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan itu, terdapat tiga kes import yang menerima jangkitan dari luar negara melibatkan bukan warganegara.

Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) turut merekodkan sebanyak 50 kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 2,199 kes.

Kematian pada hari ini  melibatkan 22 kes di Selangor, sembilan kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima kes di Johor, empat kes di Kedah, tiga kes di Perak, masing-masing dua kes di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Melaka, dan Kelantan.

Menurut beliau, bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini adalah sebanyak 652 kes dan daripada jumlah itu 370 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka kes sembuh hari ini merekodkan pertambahan sebanyak 4,694 kes dan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 449,234 kes.

Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan pertambahan sebanyak 17 lagi kluster baharu.

Related posts

Leave a Comment