Biden sambut baik gencatan senjata

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengalu-alukan gencatan senjata yang dicapai antara pejuang Hamas dan zionis Israel.

Beliau melihat peluang sebenar ke arah membangunkan perdamaian yang berkekalan di Asia Barat.

Biden memberi kepercayaan kepada kerajaan Mesir untuk memainkan peranan penting dalam melakukan rundingan gencatan senjata.

Tambahnya, beliau dan White House juga terlibat untuk menghentikan pertumpahan darah itu.

Gencatan senjata itu diumumkan sehari selepas Biden membangkitkan desakan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk meredakan ketegangan.

“Amerika Syarikat komited bekerjasama dengan PBB dan pihak berkepentingan antarabangsa yang lain untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza dan keupayaan membangun semula Gaza.

“Kami akan melakukan ini dengan kerjasama penuh dengan Pihak Berkuasa Palestin, bukan Hamas, dengan cara yang tidak mengizinkan Hamas mengisi semula persenjataan ketenteraannya.

“Saya percaya rakyat Palestin dan Israel juga berhak untuk hidup dengan aman dan selamat dan menikmati kebebasan, kemakmuran dan demokrasi yang sama rata,” katanya.

Related posts

Leave a Comment