1.506 bil dos vaksin didaftar

LEBIH 1.506 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Rabu, 19 Mei.

China kini mendahului dengan 421 juta dos vaksin sudah didaftarkan diikuti Amerika Syarikat sebanyak 275 juta dos manakala India dengan 184 juta dos vaksin.

Menurut data John Hopkins University, negara  lain yang mencatatkan jumlah dos melebihi 50 juta adalah Brazil dan United Kingdom.

Manakala Jerman dengan 40 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 30 dan 28 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 22 juta dos, Singapura pula dengan 3.2 juta dos, Filipina dengan 2.9 juta dos diikuti Thailand dengan 2.3 juta dos.

Malaysia berada di kedudukan kelima negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos sebanyak 1.97 juta

Related posts

Leave a Comment