Pfizer bagi ibu mengandung

PUTRAJAYA 17 Mei – Hanya vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada ibu mengandung bagi tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau memberitahu, dua lagi vaksin iaitu Sinovac dan AstraZeneca tidak disyorkan untuk ibu hamil buat masa ini.

Pengesyoran itu katanya adalah berdasarkan kepada kumpulan pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Khairy berkata, beliau telah meminta hospital dan pakar ibu dan anak supaya memberi keutamaan vaksin Pfizer kepada ibu menandung dalam tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu.

Beliau turut menjelaskan, ibu mengandung atau yang sedang menyusu, yang telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera perlu berkordinasi dengan KKM.

Related posts

Leave a Comment