Lelaki tendang pintu pagar ditahan

KUALA LUMPUR 17 Mei – Lelaki yang bertindak menendang pintu pagar masjid sehingga tercabut pada Jumaat (14 Mei) lalu telah ditahan dan direman pada Sabtu lalu, kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe.

“Polis menahan suspek selepas dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berhubung kes itu semalam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad (16 Mei).

Lelaki berusia 35 tahun itu bertindak demikian dipercayai  marah kerana tidak diberi kebenaran bersolat di masjid Kampung Sungai Tua Baharu, di Batu Caves.

Perbuatannya dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.

Rakaman CCTV itu menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu yang menaiki kereta jenis Nissan Navara bertindak menendang pintu pagar masjid sehingga tercabut lalu terjatuh.

Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membencana atau mencemarkan tempat ibadat.

Arifai berkata masjid berkenaan sememangnya ditutup, dan notis penutupannya ada ditampal di pintu pagar masjid itu.

Related posts

Leave a Comment