Hari Raya Aidilfitri 13 Mei

KUALA LUMPUR 11 Mei – Umat Islam di Malaysia, Singapura dan Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri secara serentak pada Khamis, 13 Mei ini.

Pengumuman dibuat oleh pihak berkuasa di negara masing-masing malam ini.

Di Malaysia, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan bahawa umat Islam di negara ini akan menyambut 1 Syawal pada 13 Mei.

Beliau membuat pengumuman itu yang disiarkan melalui siaran televisyen tempatan .

Di Singapura, Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir membuat pengumuman itu pukul  7.30 malam tadi.

“Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi (11 Mei), kerana bulan telah terbenam lebih awal.

“Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1442H jatuh pada lusa, Khamis bersamaan 13 haribulan Mei 2021.” katanya.

Di Indonesia, dua pertubuhan Islam terbesar negara itu juga mengumumkan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 13 Mei.

Ketua Umum Nadhlatul Ulama (NU) Said Aqil Siradj mengumumkan hal itu secara langsung menerusi siaran YouTube kumpulan itu dan sehari sebelumnya, pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia, Muhammadiyah, juga membuat perisytiharan yang sama.

Related posts

Leave a Comment