7,174 kes baharu di Filipina

MANILA 9 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 7,174 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,101,990 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 9,197 pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 1,022,224 atau 92.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 18,472 selepas 204 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Kes aktif pula 61,294 atau 5.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment