BANGKOK 9 Mei – Thailand hari ini merekodkan 2,101 kes baharu Covid-19 dengan 17 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 83,375 kes serta 399 kematian.
Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 15 adalah kes import.
Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok mendahului dengan 980 kes diikuti Nonthaburi (221), Samut Prakan (108), Chon Buri (96), Samut Sakhon (95) dan Pathum Thani (93).
Kes import pula melibatkan ketibaan dari beberapa negara iaitu tiga dari Singapura, masing-masing dua dari Jerman, Malaysia, Kemboja dan India manakala satu masing-masing dari Papua New Guinea, Sudan, Indonesia.
Lapan kematian direkodkan di Bangkok, tiga di Samut Prakan dan masing-masing satu kes dari Chai Nat, Pathum Thani, Phrae, Samut Sakhon, Surat Thani dan Songkhla.
Sementara itu, kes sembuh meningkat kepada 53,605 selepas 2,186 lagi dilaporkan sembuh hari ini manakala 29,371 sedang menerima rawatan,