JAKARTA 9 Mei – Indonesia hari ini merekodkan kes positif harian yang lebih rendah iaitu 3,922 berbanding 6,130 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 1,713,684 kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 47,012 orang termasuk 170 kematian yang dilaporkan hari ini sementara kes aktif pula 98,395 orang.

Bagi tempoh yang sama, kes sembuh meningkat kepada 1,568,277 orang termasuk 4,360 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini.

Lima provinsi menambah kes sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta 690 orang dan kumulatifnya yang tertinggi iaitu 401,039 , Jawa Barat 557, Jawa Tengah 439 orang, Kepulauan Riau 312 dan Riau 223.

Jakarta pula menambah 809 kes positif dan kumulatifnya masih yang tertinggi iaitu 415.647 kes, Jawa Barat 492, Riau 454, Sumatera Barat 322 serta Jawa Timur 230.

Jawa Tengah pula menambah 40 kes kematian dengan kumulatifnya 8.482 kes, Riau 26, Jawa Tiimur 19, Jakarta 16 serta Sumatera Barat 11.

 Sementara itu, jumlah penerima vaksinasi meningkat kepada 13,340,957 berikutan 56,535 orang lagi  menerima dos mereka.

Penerima vaksinasi kedua pula 8,634,546 dengan sasaran 40,349,049.

Related posts

Leave a Comment