Hanya 100 solat fardu, Jumaat, tarawih

SHAH ALAM 6 Mei – Hanya 100 orang dibenarkan untuk solat fardu, Jumaat dan tarawih di Masjid Pengurusan dan Masjid Kariah di daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat.

Peraturan itu adalah ketetapan baharu yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor.

Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan memaklumkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, seramai 500 orang termasuk pentadbir dibenarkan menunaikan solat Jumaat manakala solat fardu dihadkan kepada 200 jemaah termasuk pentadbir.

Bagi solat sunat tarawih, bilangan jemaah dihadkan seramai 600 orang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah manakala 550 jemaah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.

Bagi masjid institusi, seramai 200 jemaah dihadkan untuk solat Jumaat, solat fardu (200) dan solat sunat tarawih (200 muslimin) manakala di Surau Solat Jemaah, seramai 50 orang dihadkan untuk menunaikan solat Jumaat, solat fardu (50) dan solat sunat tarawih (50 muslimin).

Jelas kenyataan itu, di Surau Kariah pula solat fardu dihadkan kepada 50 jemaah dan 50 muslimin dibenarkan menunaikan solat sunat tarawih.

Solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat tarawih bagi daerah terlibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor adalah kekal mengikut ketetapan terdahulu.

Related posts

Leave a Comment