451,237 lengkap dua dos

PUTRAJAYA 20 April – Setakat semalam, seramai 451,237 individu melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 726,411 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua kini berjumlah 1,177,648 dos.

Lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 101,208 individu, diikuti Kuala Lumpur (80,978), Johor (70,999), Sarawak (70,592) dan Perak (60,384).

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan tertinggi setakat ini pula ialah Selangor dengan 64,306, diikuti Perak (48,926), Sabah (43,452), Kuala Lumpur (40,681) dan Sarawak (35,653).

Sementara itu setakat semalam, seramai 9,048,237 atau 37.30 peratus daripada yang disasarkan telah mendaftar, dengan Selangor kekal mencatatkan angka tertinggi sebanyak 2,375,926 pendaftaran.

Related posts

Leave a Comment