Filipina lepasi 900,000 kes

MANILA 15 April – Kes jangkitan Covid-19 di Filipina kini melepasi 900,000 kes selepas 11,429 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 904,285 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 705,164 orang atau 78.0 peratus sementara kes aktif pula 183,527.

Dalam tempoh yang sama, 148 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 15,594 kematian .

Sementara itu, Presiden Rodrigo Duterte mengingatkan lebih ramai akan meninggal dunia akibat Covid-19 disebabkan ‘ bekalan vaksin yang tidak mencukupi untuk  dunia.

Katanya ia akan mengambil masa untuk bekalan itu mencukupi.

Related posts

Leave a Comment