Kes di Saudi hampir 800

RIYADH 7 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi hari ini menghampiri 800 apabila kes harian baharu merekodkan 792 kes, kedua tertinggi dalam tempoh hampir seminggu apabila 728 kes direkodkan Jumaat lalu (2 April).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 394,169.

Dalam tempoh 24 jam, tujuh lagi pesakit meninggal dunia direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,711 kematian.

Kes sembuh pula merekodkan 467 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 380,772.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 363 kes diikuti Makkah 154, daerah Eastern Province  112 .

Sebanyak 6,686 kes aktif di lapangan dan daripada jumlah itu 846 kritikal..

Related posts

Leave a Comment