4,549 kes baharu Indonesia

JAKARTA 6 April – Sebanyak 4,549 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,542,516

Jawa Barat merekodkan 964 kes positif dan kumulatifnya 254,419 kes, Jawa Tengah 651 (171,335), Jakarta 487 (387,476), Jawa Timur 295 (141,077), Bali 236 (40,884)

Jumlah kes sembuh juga meningkat apabila 4,296 lagi pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan 1,385,973.

Jawa Tengah merekodkan 827 kes dan kumulatifnya 130,712, Jawa Barat 644 (225,732), Jakarta 535 (375,002), Jawa Timur 285 (129,147) dan Kalimantan Selatan 231 (25,349).

Bagi kematian pula, sebanyak 162 kes dilaporkan dan kumulatifnya mencapai 41,977 atau 2.7 peratus daripada keseluruhan kes positif.

Lima provinsi merekodkan kematian tertinggi iaitu Jawa Barat 69 kes dan kumulatifnya 3,318 kes, Jawa Timur 30 (10,074), Jakarta 10 (6,379), Bali 10 (1,174) serta Yogyakarta tujuh (834).

Sementara itu, jumlah mereka yang menerima vaksinasi Covid-19 setakat ini sebanyak 8,975,366 berikutan tambahan 137,285 orang penerima manakala 4,378,351 telah menerima vaksin kedua.

Related posts

Leave a Comment