359 kluster aktif, 10 baharu

PUTRAJAYA 4 April – Sepuluh kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan lima kluster tempat kerja, empat komuniti dan satu pusat tahanan menjadikan jumlah keseluruhan 1,405 kluster.

Bagaimanapun 1,046 kluster telah tamat termasuk lapan kluster hari ini iaitu Kluster Jalan Persiaran Cemerlang, Kluster Jalan Perindustrian Estate, Kluster Mayang, Kluster Jalan Senai Utama, Kluster Jalan Persiaran Teknologi Kulai, Kluster Tapak Bina Jalil Utama, Kluster Jalan Lombong, dan Kluster Jalan Ho Pin.

Dengan perkembangan ini, jumlah kluster aktif adalah 359 dengan 66 kluster merekodkan pertambahan kes termasuk Kluster Tembok Sri Aman (159 kes), Kluster Jalan Jelawat (70 kes), dan Kluster Jalan Western (30 kes).

  • KLUSTER JALAN MAJU CEMERLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 4 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Maju 1, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 134 individu telah disaring, di mana 11  kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MURNI SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang dan Mersing di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344817) dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Murni Satu, Paloh, Kluang. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SUASANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328809) dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti pusat Pendidikan di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Suasana, Tun Hussein Onn, Cheras. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 187 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

  • KLUSTER DANAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-336746) dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti pusat pendidikan di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Danan dan di Kampung Alor Hijau, Selising, Pasir Puteh. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 236 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN ALAMANDA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Putrajaya di WP Putrajaya dan daerah Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-349608) dilaporkan positif Covid-19 pada 3 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan tiga (3) buah pusat perniagaan yang terletak di Putrajaya dan Sepang. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI MUPONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu dan Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338973) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Sungai Mupong, Loba Stabar, Meradong. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI RASSAU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Matu dan Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339123) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Sungai Rassau, Matu. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 338 individu telah disaring, di mana11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER RICH PARK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau dan Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345810) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung di Taman Rich Park, Tawau pada 26 dan 27 Mac 2021. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG BATU LAPAN LEKIR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343896) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Kampung Batu Lapan Lekir, Sitiawan, Manjung. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TEMBOK SRI AMAN

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 30 Mac 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan Penjara Pusat Sri Aman yang terletak di Jalan Brayun, Sri Aman. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 467 individu telah disaring, di mana 160 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment