367,213 terima dos pertama

SEJUMLAH 367,213 individu telah menerima dos pertama vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat 17 Mac 2021.

Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah penerima dos pertama vaksin Covid-19 tertinggi.

Ia merekodkan jumlah seramai 45,854 individu diikuti Perak (42,227), Sabah (36,443) dan Kuala Lumpur (33,500) yang telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Antara negeri yang masih menunjukkan jumlah rendah individu menerima suntikan vaksin ialah Melaka, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Demikian menurut kemas kini oleh Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba melalui ciapan di Twitternya pada Khamis.

Related posts

Leave a Comment