Sementara Kita Masih Ada’ hargai persahabatan

‘KUALA LUMPUR 8 Dis. – Majlis ‘reunion’ bertemakan ‘Sementara Kita Masih Ada’ berjaya menggamit kehadiran 200 orang Alumni Universiti Malaya bagi kelas 1979-1983 selepas lebih 40 tahun mereka tidak bersua muka dalam kumpulan yang ramai.

Majlis itu ditaja syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel and Tour (Andalusia) yang melibatkan kehadiran dari seluruh pelosok tanah air.

Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin yang juga bekas penuntut di Fakukti Sastra dan Sains Sosial berkata, pihaknya amat terharu kerana dapat bersama mengimbau kembali kenangan pahit dan manis sepanjang belajar di UM.

Katanya, majlis itu juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan rakan-rakan seperjuangan.

“Tema Sementara Kita Masih Ada mencerminkan kepentingan menghargai masa dan hubungan persahabatan yang telah terjalin sejak zaman kampus” katanya sambil tidak melupakan rakan-rakan yang telah pergi terlebih dahulu.

Menurutnya, majlis itu juga dianjurkan bagi menghargai UM sebagai institusi yang banyak melahirkan generasi pemimpin negara selari dengan perubahan moto daripada ‘Ilmu Puncha Kejayaan’ kepada ‘Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani’.

“Saya amat gembira dengan kehadiran 200 sahabat kerana ini merupakan perjumpaan kedua buat kita semua, 10 tahun lalu bertemu di rumah saya,” kata Ibrahim.

Selain itu, Andalusia juga menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk hadiah utama iaitu tajaan pakej umrah bernilai RM6,390 yang dimenangi bekas rakan sebilik Ibrahim iaitu Wan Zakaria Wan Ismail.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, Pengerusi Jawatankuasa Reunion, Abd Rahim Ahmad dan barisan rakan alumni UM kelas 1978 hingga 1983.

Majlis pertemuan semula itu tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan kumpulan nasyid, Raihan berserta deklamasi sajak, kuiz dan tayangan video khas serta tahlil.

Ibrahim sendiri turut menulis sajak berkaitan tema Sementara Kita Masih Ada yang dideklamasikan pada majlis itu.

Sementara itu, Abd Rahim berkata, inisiatif yang merupakan cetusan idea daripada Ibrahim perlu diteruskan dalam usaha memperkukuh jalinan persahabatan sejak zaman kampus.

“Kita terpisah lebih 40 tahun, malah ada antaranya tidak pernah berjumpa sesama sendiri. Jadi, saya dan sahabat yang lain mengucapkan terima kasih serta penghargaan tidak terhingga buat Andalusia sebagai penaja pada hari ini.

“Kami semua doakan Andalusia sentiasa menjadi syarikat pengendali umrah dan haji yang terulung di negara ini,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment