WHO lulus penggunaan darurat J&J

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Seduna (WHO) meluluskan penggunaan darurat vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson, sekali gus mempercepat penggunaannya terutama di negara-negara yang mempunyai agensi-agensi pengawal seliaan yang lemah.

Ia adalah vaksin Covid-19 yang ketiga diluluskan WHO selepas vaksin keluaran Pfizer/BioNTech dan AstraZeneca. Vaksin J&J juga adalah yang pertama memerlukan hanya satu suntikan dos.

Kelulusan itu meliputi penggunaan di semua negara bagi pelancaran kemudahan vaksin Covax dan menyusuli kelulusan Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) pada Khamis (11 Mac).

“Setiap kaedah baru, selamat dan berkesan terhadap Covid-19 adalah satu lagi langkah lebih dekat untuk mengawal pandemik,” kata Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Bercakap pada taklimat media di Geneva semalam (Jumaat 12 Mac), beliau berkata, kelulusan bagi penggunaan darurat adalah lampu hijau bagi vaksin diperoleh dan dilancarkan menerusi Covax.

WHO akan menghimpunkan kumpulan penasihat strategiknya yang terdiri daripada para pakar vaksinasi minggu depan untuk merangka penggunaannya.

WHO juga menyifatkan vaksin satu dos suntikan itu dapat memudahkan urusan logistik berhubung vaksin.

Penasihat Kanan WHO Bruce Alyward pula berkata, vaksin keluaran Johnson & Johnson, yang tidak perlu disimpan pada suhu amat tinggi, malah lebih sesuai untuk sesetengah negara yang paling teruk terjejas oleh pandemik Covid-19.

Aylward berkata, Covax, yang dikendalikan bersama vaksin Gavi, mempunyai perjanjian untuk mendapatkan lebih 500 juta dos vaksin J&J.

“Apa yang kami cuba lakukan adalah bekerjasama dengan syarikat itu untuk mempercepatkannya seawal mungkin. Dan kami berharap sekurang-kurangnya pada Julai, kami mempunyai akses kepada vaksin yang boleh dilancarkan, atau lebih awal dari itu,” katanya.

Related posts

Leave a Comment