Pertahankan NS, jadikan kubu PH

PORT DICKSON 7 Mac – Presiden Keadilan, Anwar Ibrahim mahu Negeri Sembilan dipertahankan dan menjadi antara kubu kuat Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Justeru, beliau menggesa semua pimpinan dan anggota parti melipat gandakan usaha sebagai persediaan menghadapi PRU15 yang akan tiba pada bila-bila masa.

“Pimpinan, anggota dan aktivis parti juga diingatkan untuk sentiasa komited pada keadilan, gilap idealisme, tolak rasuah serta tingkatkan gerak kerja dan disiplin,” katanya pada pertemuan dengan pimpinan dan anggota PKR malam tadi.

Kata Anwar, Keadilan perlu terus kekal menjadi wadah yang diperlukan rakyat dalam melakukan reformasi dan tanggungjawab itu perlu dipikul kesemua anggota.

Related posts

Leave a Comment