Hampir 3 juta daftar, 127,608 sudah terima

SERAMAI 127,608 individu telah divaksin dalam tempoh 12 hari fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilancarkan.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 18,034 individu sehingga Sabtu.

Dalam entri terbaharu di akaun Twitternya, Dr Adham turut memaklumkan, negeri kedua tertinggi adalah Pahang dengan 13,830, diikuti Selangor dengan 11,982.

Dalam pada itu, jumlah individu yang telah membuat pendaftaran vaksin Covid-19 kini mencecah dua juta.

Sementara itu seramai  2,990,577 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19  menerusi aplikasi MySejahtera setakat pukul 8 pagi ini.

Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdulllah menerusi infografik di Twitter rasmi beliau pagi ini memaklumkan Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi seramai 991,181.

Ia diikuti dengan Johor 335,537 individu, Kuala Lumpur (292,983) dan Sarawak 240,630.

Dalam kemas kini Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan 2.99 juta individu ini mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera sehingga 8 pagi Ahad.

Related posts

Leave a Comment