Amalkan 5 perkara asas kesihatan

WASHINGTON: Tidak perlu ‘tutup penuh’ atau ‘lockdown’ sebaliknya amalkan lima perkara asas dalam penjagaan kesihatan bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Itu pandangan saintis terkemuka Amerika Syarikat (AS) Dr. Anthony Fauci pada Persidangan Covid-19 Persatuan AIDS Sedunia (IAS) semalam.

Lima perkara itu adalah memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, elak kawasan sesak khususnya di kawasan tertutup dan melakukan aktiviti yang dibenarkan di dalam atau di luar bangunan selain kerap membasuh tangan.

“Tidak perlu penutupan sepenuhnya jika semua orang mematuhi amalan kesihatan awam asas,” katanya yang membuat kesimpulan itu berdasarkan trajektori kes yang didapati di negeri-negeri Amerika Syarikat.

Jelas Dr. Fauci, pihaknya mendapati negeri di Amerika Syarikat yang tidak mengamalkan lima langkah kesihatan ini mempunyai trajektori kes yang lebih buruk berbanding negeri yang mengamalkannya.

Pada masa yang sama, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat itu berkata penutupan penuh akan menyebabkan kesan ekonomi yang sangat buruk.

Related posts

Leave a Comment