Tentera rampas kuasa, Myanmar darurat

YANGON 1 Feb. – Myanmar diletakkan dalam keadaan darurat selama setahun berikutan rampasan kuasa oleh tentera Myanmar pada hari ini terhadap pemerintah dilantik secara demokratik pimpinan Aung San Suu Kyi.

Pemenang Hadiah Nobel itu  ditahan bersama para pemimpin lain dari parti Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) dalam serbuan pada awal pagi.

Tentera menyatakan pihaknya telah melakukan penahanan sebagai tindak balas terhadap “penipuan dalam pilihan raya”, November 2020dan menyerahkan kuasa kepada panglima tentera Min Aung Hlaing.

Darurat itu diumumkan melalui satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen milik tentera.

Talian telefon ke ibu kota Naypyitaw tidak dapat ditembusi dan penyiaran stesen TV negara terhenti beberapa jam sebelum parlimen dijadualkan bersidang untuk pertama kalinya sejak kemenangan besar NLD dalam pilihan raya.

Anggota tentera mengambil kedudukan di dewan bandar di kota utama Yangon. Khidmat data internet dan telefon di kubu NLD terganggu, manakala sambungan

internet merosot secara mendadak.

Penahanan Suu Kyi dan pemimpin lain berlaku berikutan ketegangan yang meningkat selama beberapa hari antara pemerintah awam dengan tentera yang menimbulkan kebimbangan akan berlaku rampasan kuasa selepas pilihan raya. 

Related posts

Leave a Comment