Lebih dua juta korban Covid-19

KEMATIAN global akibat Covid-19 kini mencecah dua juta orang apabila data Johns Hopkins University merekodkan angka 2,030,515 sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Daripada jumlah itu, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 397,561 kematian, Brazil 209,847 dan India 152,274.

Bagi kes jangkitan positif Covid-19 pula, AS turut mendahului negara-negara lain dengan merekodkan 23,932,306 daripada keseluruhan kes global 95,022,922.

India pula merekodkan 10,557,985 kes diikuti Brazil 8,488,099, Rusia 3,530,379 dan United Kingdom (UK) 3,405,740.

Perancis pula menghampiri tiga juta kes dengan catatan setakat ini 2,969,091 diikuti Turki 2,387,101, Itali 2,381,277, Sepanyol 2,252,164 dan Jerman 2,050,129.

Lapan negara merekodkan lebih satu juta kes didahului Colombia 1,908,413, Argentina 1,799,243, Mexico

1,641,428, Poland 1,435,582,Afrika Selatan 1,337,926, Iran

1,330,411, Ukraine 1,198,512 dan Peru 1,060,567.

Netherlands pula menghampiri satu juta kes dengan catatan 925,355, diikuti Indonesia 907,929, Czechia 889,159, Kanada

713,181, Romania 693,644, Belgium 678,839, Chile 669,832 dan Iraq 608,232.

Negara yang merekodkan lebih setengah juta kes adalah Portugal 549,801, Israel 548,332, Bangladesh 527,632, Sweden 523,486, Pakistan 521,211 dan Filipina 500,577.

Switzerland dan Morocco pula sedang menuju angka 500,000 dengan masing-masing ketika ini mencatatkan 495,228 dan 459,671 kes.

Enam negara lain mencatatkan lebih 300,000 kes, iaitu Austria, Serbia,  Arab Saudi, Hungary, Jepun dan Jordan.

Dua belas negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Panama, Nepal, Emiriyah Arab Bersatu, Lebanon, Georgia, Ecuador, Azerbaijan, Belarus, Croatia, Slovakia, Kazakhstan dan Bulgaria.

Malaysia pula berada dalam kelompok 27 negara yang merekodkan lebih 100,000 kes.

Bagi kes kematian, Brazil menduduki tangga kedua tertinggi iaitu 209,847, India 152,274, Mexico 140,704, UK 89,429, Itali 82,177, Perancis 70,422, Rusia 64,601, Iran 56,803, Sepanyol 53,314, Colombia 48,631 dan Jerman 46,781.

Argentina merekodkan 45,407 kematian, Peru 38,770, Afrika Selatan 37,105, Poland 33,355, Indonesia 25,987, Turki 23,997, Ukraine 21,767, Belgium 20,435,

Kanada 18,024, Chile 17,477, Romania 17,221, Czechia 14,338, Ecuador 14,319, Netherlands 13,107, Iraq 12,944, Hungary 11,341, Pakistan 10,997 dan Sweden 10,323

Related posts

Leave a Comment