4 pejabat Exco Terengganu ditutup

KUALA TERENGGANU 18 Jan. – Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, ditutup selama 14 hari mulai semalam sehingga 30 Januari susulan terdapat lima kes positif Covid-19 di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut di kawasan berkenaan.

Empat pejabat itu ialah Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar; Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan; Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar; serta Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

Dr Nor Azimi berkata hasil siasatan mendapati kes-kes positif berkenaan bergaul rapat dengan pekerja di pejabat empat Exco tersebut.

Related posts

Leave a Comment