Bazar Raya Geylang Serai secara online

BAZAR Raya Geylang Serai, Singapura yang begitu popular setiap kali bulan Ramadan sekali lagi akan diadakan secara online pada tahun ini, berikutan situasi semasa pandemik Covid-19.

Sama seperti tahun lalu,  bazar-bazar fizikal dan pameran perdagangan yang lazimnya menarik ramai pengunjung, tidak akan diadakan sebaliknya menggunakan wadah digital yang baharu.

Menurut Persatuan Rakyat (PA), langkah itu demi keselamatan dan kebajikan para penduduk.

Bazar itu akan diadakan antara 9 April hingga 13 Mei dan akan “menyemarakkan budaya dan warisan Melayu/Islam, dengan pelbagai pengalaman makanan dan gaya hidup bagi rakyat Singapura dari setiap peringkat usia”.

Bazar itu merupakan kerjasama antara Wisma Geylang Serai (WGS) bersama dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (SMCCI).

(Foto FB WGS)

Related posts

Leave a Comment