10,047 kes positif, 302 kematian di Indonesia

JAKARTA 12 Jan. – Indonesia menambah 10,047 lagi kes positif baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di republik itu meningkat kepada 846,745 kes.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 302 kematian direkodkan, kes harian tertinggi melibatkan pesakit meninggal dunia akibat Covid-19.

Jumlah kematian keseluruhan setakat ini adalah 24,645

Provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian jangkitan itu selepas merekodkan 6,576 kematian keseluruhan, dengan 65 lagi kematian bagi tempoh 24 jam.

Sementara itu, sebanyak 7,068 lagi pesakit pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan 695,807 pesakit sembuh.

Jakarta mencatatkan 1,657 kes sembuh dengan kes positif 2,669 dan 34 kematian manakala Jawa Tengah merekodkan 1,305 kes sembuh, 1,323 kes positif dan 99 kematian.

Related posts

Leave a Comment