Sembilan kluster baharu

PUTRAJAYA 29 Dis. – Sembilan kluster dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster yang direkodkan setakat ini sebanyak 498.

Daripada jumlah itu, sebanyak 278 kluster telah tamat termasuk tiga pada hari ini iaitu Kluster Bot Biru, Kluster Gedong, dan Kluster Jernih sementara jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 220 kluster.

Sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini di mana kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Mempaga (282 kes), Kluster Seri Lanang (168 kes),  dan Kluster Tapak Bina Lebuh (125 kes).

Sementara itu sembilan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah:

  • KLUSTER SERI LANANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 25 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 29 Disember, sejumlah 1,020 individu disaring, di mana 173 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN CHU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 29 Disember, sejumlah 70 individu disaring, di mana 44 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA AWAN PUTEH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 29 Disember, sejumlah 87 individu disaring, di mana 29 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER INTEGRA IKON

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-104673) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Disember 2020 melalui saringan kendiri. Sehingga 29 Disember, sejumlah 185 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SATANG

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Hulu Langat, Klang, Petaling dan Gombak di Selangor; serta daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-92888) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Disember 2020. Sehingga 29 Disember, sejumlah 104  individu disaring, di mana 30 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini

  • KLUSTER TEMBOK MEMPAGA

Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-97373) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Disember 2020 melalui saringan tahanan. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 504 individu disaring, di mana 284 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TIMBANG DAYANG

Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100487) dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 87 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEGULI

Kluster ini melibatkan daerah Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-86690) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 13 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RAMBAI

Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka; daerah Petaling di Selangor; dan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-104441) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment