Indonesia catat 7,903 kes

JAKARTA 29 Dis. –  Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 727,122 berikutan tambahan 7,903 kes dengan jumlah kes aktif pula 108,636 kes. Bagi kes kematian pula, sebanyak 251 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 21,703 kes atau 3.0 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara kes sembuh pula merekodkan 6,805 orang pesakit yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 596,783. Secara umum,  Jakarta merekodkan  2,056 kes baharu dengan kumulatif 179,660 kes diikuti Jawa Barat 1,329 kes, Jawa Tengah 1.056 kes, Jawa Timur 789 kes dan Sulawesi Selatan 568 kes. Bagi…

Read More

Arab Saudi catat 149 kes

RIYADH 29 Dis. – Arab Saudi merekodkan 149 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 362,488 kes. Kementerian Kesihatan juga mengumumkan lapan lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif 6,204 kematian. Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh menunjukkan peningkatan apabila jumlahnya bertambah menjadi 353,512 kes apabila 159 lagi pesakit pulih. Berdasarkan peratusan, kes pulih adalah sebanyak 97.52 peratus. Sementara itu Riyadh mencatatkan 46 kes jangkitan baharu diikuti Makkah 31 dan wilayah Timur 21. Kes aktif pula 2,772 di mana 401…

Read More

Sembilan kluster baharu

PUTRAJAYA 29 Dis. – Sembilan kluster dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster yang direkodkan setakat ini sebanyak 498. Daripada jumlah itu, sebanyak 278 kluster telah tamat termasuk tiga pada hari ini iaitu Kluster Bot Biru, Kluster Gedong, dan Kluster Jernih sementara jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 220 kluster. Sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini di mana kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Mempaga (282 kes), Kluster Seri Lanang (168 kes),  dan Kluster Tapak Bina Lebuh (125 kes). Sementara itu sembilan kluster…

Read More

Selangor, KL, Pahang tinggi

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 747 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (360 kes) dan Pahang (288 kes). Peningkatan kes di Pahang dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Mempaga yang melaporkan sebanyak 282 kes. Sebanyak 307 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga, Kluster Penjara Jalan Harapan, Kluster Tembok Gajah, Kluster Tembok , Kluster Pagar Siput dan Kluster GK Tawau.

Read More

1,915 tempatan, 10 import

PUTRAJAYA 29 Dis. – Sebanyak 1,925 kes baharu Covid-19 termasuk 10 kes import direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 108,615 kes. Dua kematian dicatatkan hari ini, menjadikan angka pesakit yang meninggal dunia secara keseluruhan sebanyak 457 kes. Sebanyak 307 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga, Kluster Penjara Jalan Harapan, Kluster Tembok Gajah, Kluster Tembok , Kluster Pagar Siput dan Kluster GK Tawau. Sehingga kini, terdapat 117 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan…

Read More

Pulut Dakap…

PULUT Dakap juadah menyorok. Dibalut menggunakan daun pisang seperti lepat pisang atau pulut panggang. Berdasarkan namanya sudah tentulah ada pulut. Tetapi apa yang didakap? Untuk mengetahui saya mencuba juadah ini di gerai kuih muih Mariam Pasar Seberang Jaya. Ia gabungan pulut yang di dalamnya ada pisang. Harga sebiji 60 sen. Pelbagai kuih muih Melayu dijual di sini.

Read More

Ada lagi virus lebih berbahaya

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran virus Covid-19 tidak semestinya yang terburuk dan kemungkinan terdapat virus lain yang lebih berbahaya dan teruk tersebar di seluruh dunia. Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan berkata pandemik seterusnya mungkin lebih parah dan vaksin tidak menjamin penyakit berjangkit akan terhapus sepenuhnya. Jelasnya, terdapat keperluan untuk bertindak secara kolektif dalam situasi yang tidak menentu di dunia ini serta keadaan masyarakat yang semakin kompleks. Bercakap dalam satu sidang media, beliau menyeru supaya orang ramai mengingati mereka yang telah meninggal dunia akibat Covid-19 dan menggesa…

Read More