Selangor, KL, Pahang tinggi

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 747 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (360 kes) dan Pahang (288 kes).

Peningkatan kes di Pahang dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Mempaga yang melaporkan sebanyak 282 kes.

Sebanyak 307 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga, Kluster Penjara Jalan Harapan, Kluster Tembok Gajah, Kluster Tembok , Kluster Pagar Siput dan Kluster GK Tawau.

Related posts

Leave a Comment