Singapura lapor kes import

SINGAPURA: Lima kes baharu  Covid-19 dilaporkan di Singapura pada Ahad (27 Dis),

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), tiada kes baharu  dilaporkan dalam masyarakat dan di dormitori pekerja asing.

Kelima-lima kes itu adalah kes-kes import dan sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja mereka tiba di Singapura, menurut kementerian itu.

Perangkaan hari ini adalah jumlah harian yang paling rendah bagi kes-kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh dua minggu. Kelima-lima kes import itu pernah dilaporkan sebelum ini iaitu pada 14 Dis.

Related posts

Leave a Comment