Singapura lapor kes import

SINGAPURA: Lima kes baharu  Covid-19 dilaporkan di Singapura pada Ahad (27 Dis), Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), tiada kes baharu  dilaporkan dalam masyarakat dan di dormitori pekerja asing. Kelima-lima kes itu adalah kes-kes import dan sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja mereka tiba di Singapura, menurut kementerian itu. Perangkaan hari ini adalah jumlah harian yang paling rendah bagi kes-kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh dua minggu. Kelima-lima kes import itu pernah dilaporkan sebelum ini iaitu pada 14 Dis.

Read More

Kes di Saudi kini 362,220

RIYADH 27 Dis. – Arab Saudi merekodkan 154 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 362,220 dengan kes aktif 2,856 di mana 391 kes adalah kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan lagi pesakit Covid-19 disahkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlahnya meningkat kepada 6,185 kematian. Bagi tempoh 4 jam juga, sebanyak 175 pesakit dilaporkan sembuh dan jumlah kes pulih kini sebanyak 353,179 kes atau 97.48 peratus daripada keseluruhan kes. Daripada 154 kes baharu itu, Riyadh merekodkan 42 kes diikuti Makkah 33, wilayah Timur 17 dan Madinah 16.

Read More

121 kes baharu di Thailand

BANGKOK 27 Dis. – Thailand mencatatkan 121 kes baharu Covid-19 melibatkan 94 penularan tempatan serta 18 pengesanan kes aktif di wilayah Samut Sakhon, lapan kes import dan satu dari luar pusat kuarantin alternatif kerajaan. Ini menjadikan Thailand mencatatkan 6,141 kes Covid-19 dengan 60 kematian. Dua kluster baharu Covid-19 juga dikesan  membabitkan sekumpulan peminat motosikal berkuasa besar yang berhimpun di Pulau Lanta di wilayah selatan Krabi serta sebuah pusat perjudian haram di wilayah timur Rayong. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kes indeks di pusat perjudian itu dipercayai wanita berusia…

Read More

1,196 kes baharu

PUTRAJAYA 27 Dis. – Sebanyak 1,196 kes harian baharu Covid-19 dicatatkan  hari ini, dengan satu kluster baharu dikesan dan satu kematian dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Dengan tambahan kes harian berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara mencecah 105,096 kes. Dalam satu kenyataan berhubung perkembangan Covif-19, hari ini,  lima daripada keseluruhan jumlah kes baharu hari ini merupakan kes import dengan dua dikesan di Selangor dan tiga lagi di Sarawak. Katanya 997 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 84,411 kes  atau 80.3 peratus daripada jumlah keseluruhan…

Read More

Jangan tipu frontliners

KUALA LUMPUR: Orang awam dinasihatkan agar tidak menipu mengenai keadaan kesihatan mereka ketika berurusan dengan petugas barisan hadapan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menitip pesanan itu susulan seorang doktor dijangkiti Covid-19 selepas merawat pesakit yang tidak memberitahu keadaan sebenar kesihatannya. “Jangan tipu frontliners. Kami juga perlu dilindungi, kami ada keluarga, ada rakan-rakan. Jangan aniaya frontliners,” kata beliau menerusi Facebooknya. Dr Noor Hisham turut berkongsi kenyataan daripada doktor yang dijangkiti virus Menurut Dr Nur Marini Zainal, pesakit berkenaan datang ke hospital untuk menjalani ujian imbasan CT. Beliau berkata, individu…

Read More