1,295 kes baharu

PUTRAJAYA 16 Dis. – Sebanyak 1,295 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah terkumpul setakat ini  87,913 kes dengan jumlah  kematian meningkat kepada 429 kes termasuk tujuh kematian hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata lima daripada tujuh kematian tersebut dilaporkan di Sabah serta masing-masing satu di Selangor dan Kelantan, dengan kesemua mereka berusia 52 hingga 77 tahun. 

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,052 kes sembuh dilaporkan, menjadikan 72,733 kes pulih sepenuhnya atau 82.7 peratus daripada keseluruhan kes .

Beliau berkata terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula merekodkan 1,285 kes.

Katanya Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 481 kes, diikuti Sabah (268) dan Kuala Lumpur (232).

Sebanyak 57 kes (4.4 peratus) yang dilaporkan pula  berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (26 kes), Kluster Tembok (22), Kluster Penjara Seberang Perai (8) dan Kluster Bakti (1).

Beliau berkata pada masa ini terdapat 113 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 53 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment