Selangor masih tinggi

SELANGOR masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 435 kes (35.4 peratus daripada keseluruhan kes) di mana 344 kes (79.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 333 kes (27.1 peratus daripada keseluruhan kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 131 kes (10.7 peratus daripada keseluruhan kes).
Sebanyak 200 kes (16.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (103 kes), Kluster Rumah Merah (78 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (12 kes), Kluster Bakti (3 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), Kluster PTS Sibuga (1 kes), Kluster Matambai (1 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Related posts

Leave a Comment