139 kes di Arab Saudi

RIYADH 13 Dis. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 139 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 359,888 Menurut Kementerian Kesihatan, 12 lagi pesakt meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah mereka yang meninggal dunia adalah 6,048.. Riyadh mencatatkan 44 kes jangkitan diikuti Makkah 33, wilayah Timur 16, Asir 14 dan Madinah 11.

Read More

6,189 kes baharu Indonesia

JAKARTA 13 Dis. –  Indonesia terus mencatatkan kes jangkitan yang tinggi apabila merekodkan 6,189 lagi kes Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di republik itu meningkat kepada 617,820 kes. Selain itu, 166 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 18,819. Sehingga kini, seramai 505,836 pesakit dilaporkan pulih dari virus berkenaan. Jakarta mencatatkan 1,298 kes pada Ahad menjadikan keseluruhan kes di kota metropolitan itu sebanyak 152,499 kes. Sementara di Jawa Tengah merekodkan 917 kes, Jawa Barat 855, Jawa Timur 791, Sulawesi Selatan 312 kes dan Kalimantan Tengah…

Read More

Kuarantin kini 10 hari

PUTRAJAYA 13 Dis. – Mulai esok, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada 14 hari kepada 10 hari.  Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman.  “Semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati bahawa risiko jangkitan pasca-kuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin. Kadar kebolehjangkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata sehingga kini, beberapa negara…

Read More

Enam kluster baharu

SEHINGGA 13 Disember 2020, sebanyak 416 kluster dilaporkan termasuk enam kluster baharu hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah 225 termasuk empat yang tamat hari ini iaitu Kluster Wisma Saberkas di Sarawak, Kluster Sauh dan Basung di Sabah serta Kluster Auto di Selangor. Jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 191. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok (103 kes), Kluster Seruling (93 kes) dan Kluster Rumah Merah (78 kes). Terdapat enam kluster baharu…

Read More

Selangor masih tinggi

SELANGOR masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 435 kes (35.4 peratus daripada keseluruhan kes) di mana 344 kes (79.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 333 kes (27.1 peratus daripada keseluruhan kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 131 kes (10.7 peratus daripada keseluruhan kes). Sebanyak 200 kes (16.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (103 kes), Kluster Rumah Merah (78…

Read More

1,229 kes baharu, 4 kematian

PUTRAJAYA 13 Dis. – Kekal empat angka apabila kes harian baharu Covid-19 merekodkan  1,229 kes dengan empat lagi kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata jumlah keseluruhan kes pula adalah 83,475 dengan jumlah kes aktif sebanyak 13,667 manakala angka korban setakat ini ialah 415 orang. Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 1,227. Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,309 kes dan sehingga kini, terdapat 115 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dr Noor…

Read More

Pas tidak gentar hadapi PRU

KUALA LUMPUR 13 Dis, – Pas tidak gentar untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang walaupun pentadbiran kerajaan yang disertai wakil rakyat parti itu bukan hasil undian rakyat secara langsung. Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, apa yang penting adalah wakil-wakil rakyat yang diberi mandat itu dapat menjalankan amanah masing-masing. “Walaupun kita mengambil kerajaan melalui wakil-wakil rakyat, dan bukan undian rakyat secara langsung, (namun) kita menentukan (Kabinet) melalui wakil-wakil rakyat yang diundi oleh rakyat. “Apa yang penting wakil rakyat ini menjalankan tugas di kawasan masing-masing dan itu yang perlu…

Read More

Segerakan reformasi institusi

KENYATAAN MEDIA 13 Disember 2020 Saya mengambil maklum dan menjunjung tinggi titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mutakhir ini memberi gesaan terkait salahguna kuasa, rasuah dan percaturan elit politik. Saya fikir bahawa ia tidak hanya terbatas pada situasi politik di Perak, malah di peringkat Persekutuan juga. Saya berpandangan bahawa reformasi institusi harus segera digerakkan bagi memungkinkan sebuah tatakelola yang baik dan bertanggungjawab serta tidak mengkhianati amanah dan mengabai kepentingan rakyat. Kita juga harus dengan tegas menolak amalan kerendahan akal budi dan adab budaya termasuk terhadap Tuanku Sultan Perak.…

Read More