1,229 kes baharu, 4 kematian

PUTRAJAYA 13 Dis. – Kekal empat angka apabila kes harian baharu Covid-19 merekodkan  1,229 kes dengan empat lagi kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kes pula adalah 83,475 dengan jumlah kes aktif sebanyak 13,667 manakala angka korban setakat ini ialah 415 orang.

Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 1,227.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,309 kes dan sehingga kini, terdapat 115 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata satu kes melibatkan melibatkan wanita warga emas berusia 83 tahun di Kelantan yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang kronik.

Satu lagi kes kematian melibatkan lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 60 tahun di Negeri Sembilan yang menghidap penyakit kencing manis, katarak dan buah pinggang kronik.

Sementara itu, dua kematian lagi berlaku di Selangor melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, obesiti dan buah pinggang kronik serta seorang lelaki berumur 29 tahun. 

 

Related posts

Leave a Comment