Brunei catat kes ke-149

BRUNEI DARUSSALAM melaporkan satu kes baharu positif Covid-19 semalam, 24 November menjadikan jumlah keseluruhan kes 149, kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar.

Beliau memaklumkan kes itu melibatkan seorang wanita berusia 37 tahun yang tiba dari India dengan penerbangan Royal Brunei melalui Kuala Lumpur pada 11 November lalu.

Wanita tanpa tanda jangkitan itu kini dirawat di pusat pengasingan kebangsaan.

Katanya, pengesanan empat kontak rapat sudah dilakukan di mana tiga didapati negatif dan seorang masih menunggu keputusan.

Dr. Md. Isham berkata setakat ini lapan kes import dikesan sejak kes jangkitan tempatan terakhir direkodkan pada 6 Mei lalu.

Beliau juga memaklumkan semalam adalah hari ke 201 Brunei Darussalam tanpa jangkitan Covid-19.

Setakat ini 145 kes sembuh dan tiga kematian dilaporkan sementara 570 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori selepas tiba di Brunei.

Sebanyak 8,270 telah tamat pengasingan diri di kemudahan yang disediakan.

Related posts

Leave a Comment