Australia Selatan berkurung

ADELAIDE: Australia Selatan melaksanakan perintah berkurung selama enam hari bermula dari 12:01 pagi Khamis, 19 November 2020 yang bertujuan menghentikan penyebaran Covid-19 di negeri itu.

Berikutan itu, semua sekolah, universiti, kilang dan restoran diarahkan tutup bermula Khamis dan hanya seorang individu daripada setiap isi rumah dibenarkan keluar hanya bagi tujuan tertentu.

Semua majlis perkahwinan dan pengebumian serta aktiviti sukan di luar rumah juga dilarang selain pemakaian pelitup muka di tempat awam diwajibkan.

Langkah pemutus litar tersebut diambil susulan berlakunya peningkatan kes positif Covid-19.

Ketua Menteri Australia Selatan, Steven Marshall, berkata perintah berkurung itu akan berfungsi sebagai pemutus rantaian pandemik itu dan mampu mengurangkan risiko penularan.

Katanya langkah menghentikan aktiviti komuniti secara sementara mampu mengurangkan risiko penyebaran virus.

“Kami mempunyai peluang untuk menghentikan penularan penyakit ini dan untuk menghapuskan kluster ini. Kami perlu bergerak dengan sangat pantas. Kami memerlukan peluang untuk mengenal pasti dan mengasingkan kontak rapat supaya mereka tidak menjangkiti orang lain.

Pihak berkuasa tempatan juga merancang sekatan selama lapan hari berikutan pelaksanaan perintah berkurung itu.

Related posts

Leave a Comment