362 kes baharu di Saudi

RIYADH 17 Nov. – Arab Saudi mencatatkan 362 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan kes 353,918.

Sebanyak 16 lagi pesakit disahkan meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 5,692 kematian.

Kes aktif pula 7,122 di mana 816 kritikal.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 436 pesakit pulih dan menyumbang kepada peningkatan kes sembuh iaitu 341,104 atau 96.37 peratus daripada  keseluruhan kes.

Sementara itu, Madinah merekodkan 49 kes, diikuti Riyadh 35, dan Makkah 29.

Related posts

Leave a Comment