357 kes baharu di Saudi

ARAB Saudi merekodkan 357 kes baharu koronavirus Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 345,232. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 17 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 5,313 kematian. Kes aktif sebanyak 8,228 di mana kes aktif 784 kes. Sebanyak 361 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah pulih meningkat kepada 331,691 kes atau 96.07 peratus daripada kes keseluruhan. Sementara itu Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 61 kes, diikuti Riyadh 36, Makkah 32 dan Jeddah 12.

Read More

Kes di Indonesia 392,934

INDONESIA mencatatkan tambahan 3,222 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 392,934 kes dengan kes aktif 61,851. Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu 906 kes dengan kumulatifnya 101,897 diikuti Jawa Barat 431 (34.355), Jawa Timur 296  (51.217) dan Jawa Tengah 156 (32.098).  Jumlah kematian meningkat kepada 13,411 kes dengan 112 lagi meninggal dunia didahului Jawa Timur 20 kes,  Jawa Tengah 16l, Jawa Barat 15 dan Jakarta 13. Kes sembuh hari ini, 26 Oktober adalah sebanyak 3,908 menjadikan jumlah kumulatif 317,672 kes. Jakarta merekodkan 1,162 kes sembuh diikuti Jawa Barat 442,…

Read More

Kes di Sabah terus meningkat

SABAH terus mencatatkan kes tertinggi dengan merekodkan 927 kes baharu yang melibatkan 511 kes dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Kapor (baharu), 280 saringan kontak rapat dan 136 lain-lain saringan Covid-19. SELANGOR pula mencatatkan 177 kes iaitu 109 dari kluster-kluster sedia ada 34 saringan kontak rapat, 33 lain-lain saringan Covid-19 dan satu import dari Rusia. PULAU PINANG pula merekodkan 61 kes iaitu 60 melibatkan kluster-kluster sedia ada dan saringan kontak rapat. NEGERI SEMBILAN mencatatkan 25 kes iaitu 12 dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Hampar (baharu), enam saringan kontak rapat…

Read More

1,240 kes 7 kematian

  PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,240 kes baharu positif Covid-19 menjadikan angka kumulatif kes positif pandemik itu di Malaysia sebanyak 27,805 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu dua kes merupakan penularan dari luar negara melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara Rusia yang dikesan di Selangor manakala Ukraine dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 9,744 kes. Daripada keseluruhan angka terbaharu kes positif Covid-19, Sabah terus menjadi penyumbang terbesar…

Read More

PKPB dilanjut, Nilai turut serta

KUALA LUMPUR : Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijadual tamat esok, dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 9 November ini selepas meneliti perkembangan semasa penularan Covid-19 di Lembah Klang. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, mulai 28 Oktober hingga 10 November juga, PKPB  akan dikenakan di zon Nilai, Negeri Sembilan berikutan peningkatan kes positif Covid-19 warga asing di zon berkenaan. Justeru, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dikenakan di  Putra Point Nilai yang membabitkan dua lokaliti tempat tinggal pekerja (asrama) di kawasan itu yang dikesan menyumbang kepada peningkatan…

Read More

Muhyiddin junjung kasih

PERDANA Menteri, Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan akan berbincang lebih lanjut mengenai titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berpendapat tiada keperluan melaksanakan darurat ketika ini. Dalam satu kenyataan malam ini, beliau berkata, kerajaan turut mengambil maklum mengenai kenyataan Istana Negara berhubung perkara itu. Beliau berkata, Jemaah Menteri akan berbincang dengan lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku. Keutamaan Jemaah Menteri dan kerajaan pada masa ini ialah untuk melindungi rakyat daripada wabak Covid-19. “Saya menjunjung kasih di atas kepercayaan Seri Paduka Baginda kepada kerajaan pimpinan saya…

Read More