Kes di Sabah terus meningkat

SABAH terus mencatatkan kes tertinggi dengan merekodkan 927 kes baharu yang melibatkan 511 kes dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Kapor (baharu),

280 saringan kontak rapat dan 136 lain-lain saringan Covid-19.

SELANGOR pula mencatatkan 177 kes iaitu 109 dari kluster-kluster sedia ada

34 saringan kontak rapat, 33 lain-lain saringan Covid-19 dan satu import dari Rusia.

PULAU PINANG pula merekodkan 61 kes iaitu 60 melibatkan kluster-kluster sedia ada dan saringan kontak rapat.

NEGERI SEMBILAN mencatatkan 25 kes iaitu 12 dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Hampar (baharu), enam saringan kontak rapat dan tujuh lain-lain saringan Covid-19.

KUALA LUMPUR mencatatkan 17 kes, melibatkan 11 kes dari kluster-kluster sedia ada, dua saringan kontak rapat dan empat lain-lain saringan Covid-19.

PERAK merekodkan lapan kes iaitu enam dari kluster-kluster dan kluster Penjara Tapah (baharu) dan dua kes saringan kontak rapat.

SARAWAK mencatatkan tujuh kes dengan lima kes dari kluster sedia ada dan dua lain-lain saringan Covid-19.

LABUAN merekodkan enam kes, di mana satu kluster sedia ada, dua saringan kontak rapat, dua lain-lain saringan Covid-19 dan satu kes import dari Ukraine.

JOHOR mencatatkan empat kes iaitu dua hasil saringan kontak rapat, satu saringan

kluster sedia ada dan satu lain-lain saringan Covid-19.

KEDAH dan TERENGGANU masing-masing mencatatkan tiga kes melibatkan klister sedia ada manakala MELAKA mencatatkan dua kes melibatkan kluster sedia ada.

Related posts

Leave a Comment