Lebih 42.5 juta kes global

LEBIH 42 juta kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia sehingga pukul 1 tengah hari ini dengan jumlah kematian global pula meningkat kepada hampir 1.15 juta.

Menurut data Johns Hopkins University, daripada 42,562,830 kes yang dicatatkan, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 8,575,177 diikuti India 7,814,682 dan Brazil 5,380,635.

Negara yang merekodkan lebih satu juta kes pula adalah Rusia 1,487,260, Perancis 1,084,659, Argentina 1,081,336, Sepanyol 1,046,132 dan Colombia 1,007,711.

Mexico merekodkan 886,800 kes diikuti Peru 883,116, United Kingdom 857,043, Afrika Selatan 714,246, Iran 562,705, Itali 504,509, Chile 500,542, Iraq 449,153 dan Jerman 434,798.

Sembilan negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Bangladesh 397,507, Indonesia 385,980, Filipina 367,819, Turki 359,784, Ukraine 347,317, Arab Saudi 344,552, Pakistan 327,895, Israel 309,413 dan Belgium 305,409.

Netherlands merekodkan 287,229, Czechia 250,797, Poland 241,946, Kanada 216,051 dan Romania 205,793.

Menyertai kumpulan negara lebih 100,000 kes adalah Morocco 194,461, Ecuador 159,614, Nepal 155,233, Bolivia 140,779, Qatar 130,965, Panama 128,515, Republik Dominica 124,018, Emiriyah Arab Bersatu 123,764, Kuwait 120,927.

Portugal 116,109,  Oman 111,837, Sweden 110,594, Kazakhstan 110,402, Mesir 106,397, Guatemala 104,632, Switzerland 103,653 dan Costa Rica 103,088.

Sementara itu, AS juga mendahului kes kematian dengan catatan 224,889, Brazil 156,903, India 117,956, Mexico  88,743, United Kingdom 44,835, Itali 37,210, Sepanyol 34,752, Perancis 34,536, Peru 34,033, Iran 32,320, Colombia 30,000.

Argentina merekodkan 28,613, Rusia 25,647, Afrika Selatan 18,944, Chile  13,892, Indonesia 13,205, Ecuador 12,542, Belgium 10,737, Iraq 10,568, Jerman 10,035 dan Kanada  9,969.

Kes sembuh pula meningkat kepada 28,700,990 di mana India mendahului 7,016,046, Brazil 4,526,393, AS 3,406,656, Rusia 1,125,155, Colombia 907,379, Argentina 881,113, Peru 800,480, Mexico 746,939, Afrika Selatan 644,641, Chile 476,576.

Iran 450,891, Iraq 378,209, Arab Saudi 330,995, Jerman 316,124, Bangladesh 313,563, Filipina 313,112, Turki 313,093, Pakistan 310,491, Indonesia 309,219, Israel 291,206, Itali 264,117, Kanada 181,974, Morocco 160,372 dan Sepanyol 150,376.

Related posts

Leave a Comment