3,732 kes baharu Indonesia

INDONESIA terus mencatatkan pertambahan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 3,732 kes menjadikan jumlah kumulatif setakat hari ini, 25 Oktober mencapai 389,712 dengan kes aktif sebanyak 62.649. Menurut Kementerian Kesihatan, Jakarta mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 771 kes diikuti Sumatera Barat 359, Jawa Barat dan Jawa Tengah masing-masing 356 kes dan Jawa Timur 268. Sebanyak 94 kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 13,299 kematian dan Jakarta merekodkan 18 kes diikuti Jawa Timur 16, Jawa Barat 11 dan Jawa Tengah lapan kes Sementara itu, jumlah pesakit sembuh hari ini adalah sebanyak…

Read More

323 kes baharu di Arab Saudi

JUMLAH kes jangkitan harian di Arab Saudi terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan 323 kes berbanding 395 kes semalam, 24 Oktober. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan kini meningkat kepada 344,875. Sebanyak 15 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia dan ini membawa kepada 5,296 kematian. Kementerian juga mengumumkan jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 331,330 orang termasuk 335 kes sembuh yang dilaporkan hari ini. Kes aktif pula 8,249 di mana 767 adalah kritikal. Sementara itu, Madinah merekodkan 62 kes diikuti Riyadh 41 kes, Yanbu 29, Makkah 24, Buraidah 14,…

Read More

Sembilan kluster baharu

SEMBILAN lagi kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikannya jumlah tertinggi pernah dicatatkan setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat daripada kluster itu direkodkan di Sabah manakala lima lagi dikesan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Sarawak. Kluster di Sabah dikenali sebagai Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul. Sementara Kluster Mentari pula dikesan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Empat lagi kluster adalah Kluster Jernih di Negeri Sembilan, Kluster Bayan di Pulau Pinang dan Kluster Seladah di Sarawak.…

Read More

Tiada lagi zon hijau Selangor

TIADA lagi zon Hijau di Selangor ! Sabak Bernam, satu-satunya daerah dalam zon hijau sebelum ini bertukar kepada zon Kuning hari ini, 25 Oktober. Sebanyak 88 kes baharu dilaporkan di Selangor yang turut melibatkan satu kes di Sabak Bernam. Hulu Langat, Gombak, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang berada di zon merah. Negeri-negeri di Lembah Klang juga kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Read More

Mesej jelas Seri Paduka kepada orang politik dan rakyat

SEGALA persoalan dan kegelisahan rakyat termasuk orang politik sudah terjawab apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini. Baginda membuat keputusan itu setelah memperhalusi permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini. Permohonan tersebut ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini. Pada masa yang sama Al-Sultan…

Read More

Kluster Penjara SP 94 kes

SEBANYAK 43 kluster melaporkan kes baharu hari ini, 25 Oktober termasuk sembilan sekluster baharu (Omadal, Titir, Bandaran, Jambul, Makekar, Bayan, Mentari, Jernih dan Seladah). Kluster Penjara Seberang Perai mencatatkan kes tertinggi iaitu 94 kes dan diikuti Penjara Kepayan 75 kes.Pada masa kini terdapat 116 kluster aktif. Sebanyak 109 kluster telah tamat.Secara keseluruhan #COVID19Malaysia mempunyai 225 kluster.

Read More

Putrajaya catat satu kes

SABAH mendahului dengan 533 kes baharu di mana 160 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul. Sebanyak 270 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 103 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. PULAU PINANG merekodkan 97 kes di mana 96 kes daripada kluster-kluster termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayan manakala satu kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 SELANGOR mencatatkan 88 kes iaitu 39 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima kes daripada kluster baharu iaitu…

Read More

Tiada keperluan darurat

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Al-Sultan Abdullah bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini. “Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan Istana Negara. (LIHAT KENYATAAN PENUH) Terdahulu,…

Read More