JUMLAH kes jangkitan harian di Arab Saudi terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan 323 kes berbanding 395 kes semalam, 24 Oktober.
Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan kini meningkat kepada 344,875.
Sebanyak 15 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia dan ini membawa kepada 5,296 kematian.
Kementerian juga mengumumkan jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 331,330 orang termasuk 335 kes sembuh yang dilaporkan hari ini.
Kes aktif pula 8,249 di mana 767 adalah kritikal.
Sementara itu, Madinah merekodkan 62 kes diikuti Riyadh 41 kes, Yanbu 29, Makkah 24, Buraidah 14, Hafouf 11 dan sembilan kes di Jeddah .