SEMBILAN lagi kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikannya jumlah tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat daripada kluster itu direkodkan di Sabah manakala lima lagi dikesan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Sarawak.
Kluster di Sabah dikenali sebagai Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul.
Sementara Kluster Mentari pula dikesan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Empat lagi kluster adalah Kluster Jernih di Negeri Sembilan, Kluster Bayan di Pulau Pinang dan Kluster Seladah di Sarawak.
Dalam pada itu Kluster Makekar pula dikesan di Johor, Terangganu dan Selangor.