Putrajaya catat satu kes

SABAH mendahului dengan 533 kes baharu di mana 160 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul.

Sebanyak 270 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 103 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

PULAU PINANG merekodkan 97 kes di mana 96 kes daripada kluster-kluster termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayan manakala satu kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19

SELANGOR mencatatkan 88 kes iaitu 39 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mentar, 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN merekodkan 26 kes melibatkan 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada, tiga kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan satu kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

NEGERI SEMBILAN merekodkan 22 kes di mana 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jernih, satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan lapan kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

SARAWAK mencatatkan 16 kes iaitu tujuh daripada kluster-kluster termasuk empat kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seladah dan sembilan kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

JOHOR mencatatkan 15 kes iaitu 14 daripada kluster sedia ada dan satu kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, Sabah.

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR merekodkan 10 kes iaitu lima kes daripada kluster-kluster sedia ada, satu kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan empat daripada lain-lain saringan Covid-19.

TERENGGANU mencatatkan tujuh kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Makekar manakala PERAK merekodkan enam kes iaitu lima kes daripada kluster-kluster sedia ada dan satu kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

KEDAH merekodkan satu kes daripada kluster sedia ada, KELANTAN satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif dan WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA satu kes daripada kluster sedia ada.

Related posts

Leave a Comment