58 kes : 53 tempatan 5 import

PUTRAJAYA: Jumlah jangkitan Covid-19 turun kepada 58 kes menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 9,868 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, lima adalah kes import yang mendapat jangkitan luar negara sementara 53 kes merupakan penularan dalam negara yang melibatkan 29 kes warganegara manakala 24 kes adalah bukan warganegara.

Daripada 53 kes dalam negara, 44 kes daripada Kluster Benteng di Lahad Datu manakala tiga kes daripada Kluster Laut dan lima kes daripada Kluster Sungai.

Lima kes import pula melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara,

Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 551 kes dan sehingga kini, terdapat sembilan kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 128 kes (1.30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Beliau turut mengumumkan satu lagi kluster baharu dikenal pasti dalam kalangan Pendatang Tanpa Izin (Pati) di Kunak, Sabah.

Kes indeks kluster (iaitu kes ke-9,859) merupakan seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang telah dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos lalu.

Namun demikian, pada 5 September 2020, kes menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isteri kes.

Isteri kes (iaitu kes ke-9860) pula dikesan positif Covid-19 pada 8 September 2020 semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin.

Related posts

Leave a Comment