Kes di Arab Saudi 305,186

KEMENTERIAN Kesihatan (MoH) Arab Saudi mencatatkan 1,213 kes baharu Covid-19, jumlah jangkitan harian yang rendah berbanding sebelum ini.

Dengan penambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 305,186.

MoH juga mengumumkan 32 lagi kematian yang membawa jumlah keseluruhan mereka yang meninggal dunia 3,580.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 277,067 termasuk 1,591 pesakit yang sembuh hari ini. Peratusan kes sembuh 90.9 peratus.

Setakat ini terdapat 24,539 kes aktif di mana 1,675 kritikal.

Sementara itu, Hail dan Makkah masing-masing merekodkan 77 kes, diikuti Madinah  73, Jazan 60, Tabuk 52, Riyadh 43, dan Jeddah 39.

Related posts

Leave a Comment