Kes sembuh atasi kes harian

ARAB Saudi pada Sabtu, 8 Ogos mencatatkan 1,467 kes baharu koronavirus Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes 287,262. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), sebanyak 37 kematian dilaporkan menjadikan jumlah korban meningkat kepada 3,130. Jumlah kes pulih pula meningkat kepada 250,440 selepas 1,492 lagi pesakit sembuh sementara kes aktif 33,692 di mana 1,828 kritikal. Sementara itu Riyadh mencatatkan kes tertinggi dengan 101 kes diikuti Madinah 61, Khamis Mushayt 55, Dammam dan Jazan masing-masing 47, Hufof 46, Abha 44, Jeddah 43, masing-masing 41 di Rafah dan Tabuk manakala Makkah 40. in Makkah, 39…

Read More

Kes Sivagangga di 3 negeri

MELAKA : Kementerian Kesihatan mengesahkan hanya tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, merekodkan individu positif Covid-19 dari Kluster Sivagangga manakala satu kes positif yang dilaporkan dari kluster sama di Selangor semalam, masih dalam siasatan. Menteri Kesihatan,  Dr Adham Baba. berkata, dua kes di Perak merupakan kes Influenza-Like Illness (ILI). “Sehingga semalam, kita dapati Kluster Sivagangga yang bermula di Kedah telah menular ke Kubang Pasu, Padang Terap dan Kulim. Oleh kerana Kubang Pasu berjiran dengan Kuala Sanglang di Perlis, maka Perlis ada kes dan yang terkini ialah Sungai Bakap di…

Read More

7 kes : 6 import 1 tempatan

PUTRAJAYA: Tujuh kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 170 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua tujuh kes baharu itu tidak melibatkan Kluster Sivagangga manakala jumlah kes keseluruhan 9,070. Sebaliknya, enam adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara. Hanya satu kes penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan di tempat kerja di Negeri Sembilan. Beliau mempunyai sejarah bekerja di Indonesia dan…

Read More

Bersatu mula ditinggalkan

SEORANG demi seorang pemimpin mula meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), selepas Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru petang semalam. Mereka termasuklah bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, A Kadir Jasin dan Ahli MPT, Tariq Ismail Mustafa. Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram, Mohd Shaid Rosli juga mengumumkan keluar Bersatu berkuat kuasa Khamis lalu. Mohd Shaid Rosli bersama ahli-ahli jawatankuasa dan ketua-ketua cawangan Bersatu Kuala Selangor mengumumkan meninggalkan Bersatu kerana ingin bersama-sama berjuang dalam parti yang bakal ditubuhkan Dr. Mahathir. Majoritinya memberi alasan meninggalkan Bersatu…

Read More