Hanya satu kes tempatan

PUTRAJAYA: Hanya satu kes, angka sama yang pernah dicatatkan pada 1 Julai 2020. Buat hari kedua Malaysia merekodkan satu angka.

Kes penularan dalam negara ini  melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 9,002 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 193 kes.

Sementara itu tiada kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

Dengan itu jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes.

KKM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana pencapaian ini sememangnya adalah hasil usaha dan kerjasama setiap peringkat dan lapisan masyarakat serta agensi terbabit dalam memainkan peranan masing-masing.

Dr. Noor Hisham berharap masyarakat akan terus mengamalkan norma dan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Penularan semula jangkitan Covid-19 di Malaysia boleh berlaku sekiranya kita leka dan mengambil mudah saranan, arahan serta amaran kerajaan,” kata Dr Noor Hisham.

Related posts

Leave a Comment