Hanya satu kes tempatan

PUTRAJAYA: Hanya satu kes, angka sama yang pernah dicatatkan pada 1 Julai 2020. Buat hari kedua Malaysia merekodkan satu angka. Kes penularan dalam negara ini  melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 9,002 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 193 kes. Sementara itu tiada kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada…

Read More

Dari Sivagangga ke Napoh

IBARAT seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit. Nila setitik rosak susu sebelanga. Gara-gara seorang individu ingkar kuarantin, kira-kira 7,000 penduduk meliputi empat mukim di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) sehingga 30 Ogos ini. Peristiwa ini patut dijadikan pengajaran oleh setiap individu terutama mereka yang diminta untuk dikuarantin oleh pihak berkuasa. Kita bukan hidup di kayangan tetapi di muka bumi yang memerlukan hidup bermasyarakat, hormat menghormati, patuh kepada peraturan dan undang-undang demi kepentingan bersama. Amat malang, penduduk di empat kawasan yang sudah mula menyesuaikan diri…

Read More

Covid-19 : Lakukan semuanya !

LAKUKAN semuanya. Itu mesej Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada kerajaan dan penduduk dunia bagi membendung penularan wabak Covid-19. “Sekiranya kita bertindak bersama hari ini, kita dapat menyelamatkan nyawa, kita dapat menyelamatkan mata pencarian jika kita melakukan semuanya bersama-sama,” katanya dalam taklimat media secara maya dari Geneva. Kataya, walaupun harapan bagi penemuan vaksin Covid-19 adalah tinggi, namun tiada “penyelesaian mudah” bagi mengatasi virus korona itu yang sudah menjangkiti jutaan orang di seluruh dunia. Justeru WHO menggesa semua pihak memberi tumpuan kepada langkah-langkah mengamalkan asas kesihatan awam…

Read More

Pilih setia, tolak ‘katak politik‘

PARTI Warisan Sabah (Warisan) akan mempertahankan kesemua 21 kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 (PRU14) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Presidennya, Mohd Shafie Apdal berkata, beliau akan berbincang dengan rakan-rakan partinya untuk menentukan parti mana daripada Warisan-Plus akan bertanding di 24 lagi kerusi yang gagal ditawan oleh Warisan pada PRU14.. ”Kerusi yang dimenangi oleh Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), DAP, PKR pula dipertahankan oleh parti masing-masing,”  katanya selepas mempengerusikan mesyuarat  Warisan di sini hari ini. Mohd Shafie berkata beliau turut meminta setiap ketua bahagian Warisan untuk mengemukakan calon sebelum…

Read More